Monday, May 23, 2011

tiada yang berbeza

    aku menonton wayang dengan dia..filem nur kasih yang memang aku gemari tapi menonton dengannya aku rasa biasa tiada apa apa perasaan..aku boleh lihat keterujaan dia bila aku sudi keluar menonton wayang dengan dia..mungkin aku tak mahu hubungan yang kami lalui selama nie menjadi semakin buruk jadi aku terima ajakan dia untuk menonton wayang

   aku menyayangi dia tapi sebagai apa?kawan atau kekasih ya sebagai kawan..itu yang aku pasti..aku sayang dia sebagai kawan tapi dia menyayangi aku sebagai kekasih..dia masih bercerita pada kawan kawan dia yang aku nie kekasih dia sedangkan hakikatnya hubungan kami seperti air sungai yang tak tahu arah tuju

   kejamkah aku?lebih baik sekarang dari dia terus mengharap pada aku...terus terang aku cakap aku tak sedia untuk sesuatu perhubungan yang serius..aku akui dia lelaki yang baik tapi aku bukan yang terbaik untuk dia


    mungkin ini jalan yang terbaik untuk hubungan kami..saya minta maaf sebab saya tak boleh nak teruskan hubungan ini dengan awak..saya rasa berat sangat

No comments:

Post a Comment