Friday, August 31, 2012

tenang

dah lama juga aku tak online apa lagi nak berkata kata di blog aku nie hah sebabnya tempat yang aku pergi nie takde line internet mahupun line phone hahah bayangkan lah dua minggu disana tanpa dunia internet dan line telefon..mak we yang jaga aku selama dua minggu nie terpaksa bertahan dengan kerenah aku yang kadang kadang jaga tengah malam sebab sakit dada..tapi semua tu berserah pada allah sebab dia yang bagi penyakit dan dia juga yang sembuhkan 
  aku sebenarnya tenang duduk kat sini..menghadap internet bukan dapat apa..asyik lihat manusia manusia yang hipokrit dekat fb twitter semuanyalah..rasa macam nak duk lama je kat rumah mak we nie rasa tenang yang amat sangat..takde bunyi bising kereta, takde fikir masalah rasa macam kanak kanak yang riang bermain tanpa fikir apa apa
  aku nak ucap terima kasih sebab mak we sudi beri perubatan tradisional pada aku dan jaga aku..tenang sangat dekat rumah mak we 

Friday, August 17, 2012

maaf bukan bermakna melupakan semuanya

 hari raya bakal menjelma semua orang minta maaf..persoalan sekarang kenapa nak tunggu raya kalau bukan raya tak boleh ke. kenapa? si peminta maaf tu yakin yang orang yang dia nak minta maaf tu akan maafkan dia kalau hari raya dan takkan maafkan dia kalau bukan hari raya ke? bagi aku minta maaf dihari raya sesuai dilakukan oleh keluarga,saudara mara dan sahabat handai yang hanya berselisih faham sikit dan minta maaf itu untuk perkara perkara kecil seperti terkasar bahasa,bergurau hingga ada yang terasa tapi orang itu simpan dalam hati atau kesalahan yang kita tak sedar bukannya minta maaf sebab kita melakukan kesalahan yang besar atau kesalahan yang sama berulang ulang
  aku cakap berdasarkan pengalaman aku..kalau bukan hari raya pun kita minta maaf dan bergaduh semula apatah lagi minta maaf masa raya then lepas tu sama gaduh juga.seriuslah aku dah penat nak maafkan orang dan aku dah penat nak minta maaf dekat orang yang aku tak buat salah.bagi aku maaf kan seseorang tu bukan bermakna kita boleh lupakan apa yang orang dah buat pada kita. ada perkara yang kita boleh maafkan dan lupakan tapi ada perkara yang kita boleh maafkan tapi tak bermakna kita boleh lupakan semuanya.
    

Sunday, August 5, 2012

saya memang ego untuk cakap yang saya rindu sangat dengan awak

Saturday, August 4, 2012

tak bisa memiliki

khirul izwan..itu lah lelaki yang muncul dalam hidup aku sekarang..memang aku tak nak bercinta pun tapi izwan nie beza dengan lelaki lain..dia buat aku happy..dia buat aku kembali ceria..tapi bila hati aku dah jatuh sayang pada izwan aku baru teringat yang aku tak boleh nak memiliki dia sebab aku tak lah sempurna macam orang lain..walaupun aku sayang dia aku tak boleh nak beri dia harapan kalau aku sendiri pun tak yakin apa akan berlaku pada aku pada masa akan datang..apa yangg dalam fikiran aku sekarang kesihatan aku..aku dah janji pada mak dan abah aku yang aku akan jaga kesihatan aku demi mereka dan orang orang yang aku sayang

Friday, August 3, 2012

saya tak boleh nak buang atau padam awak dari ingatan saya..

Thursday, August 2, 2012

menghitung hari

tuhan kuatkan diri aku..janganlah bagi ramadan kali ini adalah ramadan terakhir aku

Monday, July 30, 2012

terima kasih abah

    dalam hidup kita hanya ada dua perkara yang kita sering dengar iaitu berita yang ingin didengar dan berita yang tak ingin didengar tapi kedua duanya memang kita akan dengar so terpulang pada mereka nak terima berita tu macam mana..bagi aku berita yang nai didengar for sure kita happy kan tapi yang tak ingin didengar macam mana??
    tapi apa yang berlaku pada aku hari nie sangat menyedihkan dan memang buat aku mengalirkan air mata. macam nie masa aku pergi hospital buat check up ada sorang mak cik nie anak dia kemalangan jalan raya memang teruk bila doktor bagitahu mak cik nie anak dia berpeluang untuk hidup sangat tipis dan hanya boleh tawakal je..mak cik tu meraung dan menjerit cakap dia sanggup buat apa saja dan bayar berapa saja duit asalkan anak dia selamat malah nyawa dia pun sanggup untuk anak dia. nasib baiklah ada ahli keluarga dia dan orang sekeliling yang tenangkan mak cik tu. ayah aku sembang salah seorang ahli keluarga mak cik tu dan dia beritahu lelaki tu anak bongsu mak cik tu satu satunya anak lelaki. 
    bagi aku ibu bapa mana yang boleh tengok anak mereka terbaring menahan sakit. kalau boleh mereka yang nak gantikan tempat kita..macam tu juga aku bila aku dapat tahu tentang kesihatan aku bila aku tengok macam mana mengamuk ayah aku dengar berita tu..ibu bapa mana yang nak anak dia sakit.. ayah aku berhabis duit untuk aku untuk nyawa aku,keputusan aku memang betul untuk tinggalkan semuanya dan berada disamping family aku yang tahu susah senang aku untuk hidup. thanks abah..saya tahu berita ini memang abah tak ingin dengar tapi demi abah saya akan terus kuatkan diri. terima kasih abah