Friday, August 31, 2012

tenang

dah lama juga aku tak online apa lagi nak berkata kata di blog aku nie hah sebabnya tempat yang aku pergi nie takde line internet mahupun line phone hahah bayangkan lah dua minggu disana tanpa dunia internet dan line telefon..mak we yang jaga aku selama dua minggu nie terpaksa bertahan dengan kerenah aku yang kadang kadang jaga tengah malam sebab sakit dada..tapi semua tu berserah pada allah sebab dia yang bagi penyakit dan dia juga yang sembuhkan 
  aku sebenarnya tenang duduk kat sini..menghadap internet bukan dapat apa..asyik lihat manusia manusia yang hipokrit dekat fb twitter semuanyalah..rasa macam nak duk lama je kat rumah mak we nie rasa tenang yang amat sangat..takde bunyi bising kereta, takde fikir masalah rasa macam kanak kanak yang riang bermain tanpa fikir apa apa
  aku nak ucap terima kasih sebab mak we sudi beri perubatan tradisional pada aku dan jaga aku..tenang sangat dekat rumah mak we 

Friday, August 17, 2012

maaf bukan bermakna melupakan semuanya

 hari raya bakal menjelma semua orang minta maaf..persoalan sekarang kenapa nak tunggu raya kalau bukan raya tak boleh ke. kenapa? si peminta maaf tu yakin yang orang yang dia nak minta maaf tu akan maafkan dia kalau hari raya dan takkan maafkan dia kalau bukan hari raya ke? bagi aku minta maaf dihari raya sesuai dilakukan oleh keluarga,saudara mara dan sahabat handai yang hanya berselisih faham sikit dan minta maaf itu untuk perkara perkara kecil seperti terkasar bahasa,bergurau hingga ada yang terasa tapi orang itu simpan dalam hati atau kesalahan yang kita tak sedar bukannya minta maaf sebab kita melakukan kesalahan yang besar atau kesalahan yang sama berulang ulang
  aku cakap berdasarkan pengalaman aku..kalau bukan hari raya pun kita minta maaf dan bergaduh semula apatah lagi minta maaf masa raya then lepas tu sama gaduh juga.seriuslah aku dah penat nak maafkan orang dan aku dah penat nak minta maaf dekat orang yang aku tak buat salah.bagi aku maaf kan seseorang tu bukan bermakna kita boleh lupakan apa yang orang dah buat pada kita. ada perkara yang kita boleh maafkan dan lupakan tapi ada perkara yang kita boleh maafkan tapi tak bermakna kita boleh lupakan semuanya.
    

Sunday, August 5, 2012

saya memang ego untuk cakap yang saya rindu sangat dengan awak

Saturday, August 4, 2012

tak bisa memiliki

khirul izwan..itu lah lelaki yang muncul dalam hidup aku sekarang..memang aku tak nak bercinta pun tapi izwan nie beza dengan lelaki lain..dia buat aku happy..dia buat aku kembali ceria..tapi bila hati aku dah jatuh sayang pada izwan aku baru teringat yang aku tak boleh nak memiliki dia sebab aku tak lah sempurna macam orang lain..walaupun aku sayang dia aku tak boleh nak beri dia harapan kalau aku sendiri pun tak yakin apa akan berlaku pada aku pada masa akan datang..apa yangg dalam fikiran aku sekarang kesihatan aku..aku dah janji pada mak dan abah aku yang aku akan jaga kesihatan aku demi mereka dan orang orang yang aku sayang

Friday, August 3, 2012

saya tak boleh nak buang atau padam awak dari ingatan saya..

Thursday, August 2, 2012

menghitung hari

tuhan kuatkan diri aku..janganlah bagi ramadan kali ini adalah ramadan terakhir aku

Monday, July 30, 2012

terima kasih abah

    dalam hidup kita hanya ada dua perkara yang kita sering dengar iaitu berita yang ingin didengar dan berita yang tak ingin didengar tapi kedua duanya memang kita akan dengar so terpulang pada mereka nak terima berita tu macam mana..bagi aku berita yang nai didengar for sure kita happy kan tapi yang tak ingin didengar macam mana??
    tapi apa yang berlaku pada aku hari nie sangat menyedihkan dan memang buat aku mengalirkan air mata. macam nie masa aku pergi hospital buat check up ada sorang mak cik nie anak dia kemalangan jalan raya memang teruk bila doktor bagitahu mak cik nie anak dia berpeluang untuk hidup sangat tipis dan hanya boleh tawakal je..mak cik tu meraung dan menjerit cakap dia sanggup buat apa saja dan bayar berapa saja duit asalkan anak dia selamat malah nyawa dia pun sanggup untuk anak dia. nasib baiklah ada ahli keluarga dia dan orang sekeliling yang tenangkan mak cik tu. ayah aku sembang salah seorang ahli keluarga mak cik tu dan dia beritahu lelaki tu anak bongsu mak cik tu satu satunya anak lelaki. 
    bagi aku ibu bapa mana yang boleh tengok anak mereka terbaring menahan sakit. kalau boleh mereka yang nak gantikan tempat kita..macam tu juga aku bila aku dapat tahu tentang kesihatan aku bila aku tengok macam mana mengamuk ayah aku dengar berita tu..ibu bapa mana yang nak anak dia sakit.. ayah aku berhabis duit untuk aku untuk nyawa aku,keputusan aku memang betul untuk tinggalkan semuanya dan berada disamping family aku yang tahu susah senang aku untuk hidup. thanks abah..saya tahu berita ini memang abah tak ingin dengar tapi demi abah saya akan terus kuatkan diri. terima kasih abah

Sunday, July 29, 2012

couple zaman sekarang

 salam semua..apa yang aku nak cerita nie adalah apa yang pernah jadi pada aku dan sekeliling aku jadi aku gabungkan untuk renungan aku dan semua. ok lah sekarang nie zaman anak anak muda bercouple kata orang tak kenal maka tak cinta so kenalah kenal kenal dulu baru timbul rasa cinta. pada pendapat aku memang betul pun sebab kita kenal dulu hati budi seseorang sebelum jatuh cinta tapi ada juga couple yang kenal sekejap terus kahwin dan bahagia selamanya ada juga yang tak kekal ada juga yang bercinta bagai nak rak tapi putus.
  ok lah bagi aku lelaki yang baik dan serius nak berkawan dengan kita apabila dia sanggup berjumpa ibu bapa kita bagi aku lelaki tu sangat ikhlas dan memang gentleman lah walaupun ada juga lelaki yang dah jumpa ibu bapa kita tapi jahat juga. terpulang pada individu masing masing tapi bagi aku memang aku respect lelaki yang jumpa ibu bapa dulu untuk bercinta dengan anaknya
    ramai juga aweks yang utamakan pakwe dari parents diorang contohnya parents tak bagi keluar malam tak nak dengar keluar malam juga tapi kalau pakwe tak bagi keluar malam dengar pula cakap pakwe yang takde ikatan langsung dengan kita haih ada juga kawan kawan aku yang kena inform dekat pakwe dia nak pergi mana mana eh bukan kena inform dekat mak bapak kita ke mana kita nak  pergi sedarlah kalau bukan sebab mak bapak kita takdenya kita dapat jumpa pakwe tu lah 
    tapi nak gelak juga cerita dari kawan aku nie..dia cerita kawan dia nie baru je belajar nak couple yela first time jauh dari family bila couple macam kena kejutan cintalah..kawan aku nie keluar dengan pakwe dia..kawan kepada kawan aku nie keluar dengan pakwe dia nak pergi makan..kawan aku dengan pakwe dia memang romantik sebab aku tahu mereka nie dah lama couple mak bapak diorang pun dah tahu..mereka order lah makan, pakwe kawan aku nie tolonglah kupaskan kulit udang nak bagi kawan aku nie senang nak makan..kawan kepada kawan aku nie tengok lah romantiknya kawan aku nie dia pun suruh pakwe dia buat macam pakwe kawan aku buat tapi masalahnya pakwe dia tak faham cam blurr sikit kawan kepada kawan aku nie cakaplah kupaskan udang nie pakwe dia mcam pelik lah then cakap selalu tak suruh pun aku memang gelak habislah bila dengar kawan aku nie cerita haha ada juga couple macam tu ek 
    bagi aku bercinta nie semula jadi macam rutin harian kita..kalau pakwe kita buat dengan suka rela itulah cinta sebenar bukan sebab kita paksa atau suruh dia buat

Saturday, July 28, 2012

my bestfriend boyfriend

   kali nie aku nak citer tentang kisah benar yang berlaku pada aku dengan bestfriend aku hahaha..kisahnya macam nie aku nie tak tahu yang lelaki nie boyfriend kawan baik aku dia add aku dekat fb then tegur aku dekat chat jadi aku layanlah sebab biasalah kalau dah add tak tegur buat apakan asalakn lelaki tu tak melampau batas lah haha
  nak dijadikan cerita aku macam selesa dengan dia cara dia sembang dengan aku..lelaki nie ajak aku keluar, mula mula aku tak nak juga tapi lepas tengok mutual friends dia ramai kawan kawan aku so aku keluarlah dengan dia wah memang agak boleh tahan lah tapi aku takde lah in love pun setakat suka je sembang sembang lepas tu mesej then call buatkan aku selesa juga lah dengan dia
   yang bestnya bestfriend aku nie sambut birthday dia so aku datanglah dan dia pun nak kenalkan aku dengan boyfriend dia maka berjumpalah aku dengan boyfriend dia iaitu lelaki yang aku keluar tu..dalam hati takde lah cemburu sebab aku tak in love dengan dia tapi geram sebab dia mainkan bestfriend aku..agak agaklah nak ngorat pun tengok lah kiri kanan depan belakang dulu..sekarang nie aku tak tahu macam mana nak bagitahu bestfriend aku tu tentang boyfriend dia..entah entah dah ramai perempuan dia buat macam tu 
    

Monday, July 23, 2012

AKU DAN 20

pejam celik pejam celik dah 20 tahun aku..rasa macam baru dilahirkan. aku rasa bertuah sangat dilahirkan dibumi allah nie. namun bukan sukar untuk mencapai angka 20 itu. dari aku dilahirkan merangkak ke 10 tahun dan berdiri ke angka 20 memang bukan sukar..dulu masa kanak kanak fikir nak happy je tak fikir masalah bila dah masuk alam remaja tahu nak memberontak je itu nak marah ini nak marah tak nak fikir masalah tapi bila dah masuk alam dewasa nie semua masalah yang datang kena fikir..tak boleh lari..aku bersyukur sebab ada family yang sangat melindungi aku..sanggup berhabis duit untuk anak dia yang bermasalah nie..sanggup keluarkan duit untuk seorang anak yang tidak sihat..kadang kadang aku rasa aku nie hanya menyusahkan keluarga aku namun dalam masa yang sama aku bersyukur hingga angka 20 aku masih dapat melihat bumi ciptaan allah..bersama keluarga aku dan mereka yang aku sayang. TERIMA KASIH ALLAH 

Tuesday, March 27, 2012

sepi sekuntum mawar merah

aku tak tahu kenapa tapi aku fanatik giler lagu nie..nak kata ada kena mengena dengan aku xde juga tapi aku nangis bila nyanyi lagu nie hahaha layan lirik dia kot

Berulang kali kumencuba
Memujuk hati
Lupakan semua
Kenangan...

Namun mimpi bertemu lagi
Di saat engkau
Tiada di sisi...

Ku berpegang pada janji
Tercipta ... antara kita dulu
Hilangmu tiada berganti
Biarlah ... begini

Ku belayar di lautan
Tidak bertepian
Sesekali disedarkan
Ombak yang mendatang
Aku seperti hilang
Punca arah dan ... tujuan

Aku puisikan namamu
Bersama rindu
Di dalam sendu ...

Saturday, March 24, 2012

Astrid – Tentang Rasa

Aku tersesat
Menuju hatimu
Beri aku jalan yang indah
Ijinkan ku lepas penatku
‘tuk sejenak lelap di bahumu
Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya
Tentang cinta yang datang perlahan
Membuatku takut kehilangan
Ku titipkan cahaya terang
Tak padam di dera goda dan masa
Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya
Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya
Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya

Wednesday, March 21, 2012

SEMANGAT BARU

  Aku rasa macam mimpi bila aku dapat mesej tu pagi tadi..serius semangat aku nak menulis dah lama hilang sejak aku sedar tiada siapa yang nak menyokong aku tapi hari nie semangat tu macam datang balik bila aku dapat mesej dari pengarah yang aku kagum kot amor rizan..dia adalah pengarah untuk drama mimi mencari cinta dan geisha melayu terakhir,,serius aku macam bernafas semula..apapun thanks a lot kepada michael ang sebab dia yang kenalkan aku dengan amor rizan nie hah FYI for your information heheh michael nie yang buat drama kat astro ria tu yang buat cerita patah seribu,biar mimpi sampai bintang,kum kum,kita,banyak lagi dia dibawah box lite film...hah apapun aku happy giler walaupun belum approve lagi tapi bagi aku nie satu permulaan yang baik untuk aku :) 

Saturday, March 17, 2012

SABTU 17 MAC 202

   tiba tiba je aku rindukan family aku..x tau kenapa macam nak nangis padahal baru je balik mnggu lepas..tapi balik pun busy sebab uruskan abang aku kahwin..so tak dapat lepaskan rindu sangat dengan mak n abah aku hurmm..tiba tiba juga aku teringatkan lelaki lelaki yang pernah singgah kat hati aku nie..aku jadi senyum sorang sorang hahah nasib baik aku sorng nie kalau tak org ingat aku giler hahah
   DANIEL HIDAYAT BIN MASTURI lelaki pertama yang singgah kat hati aku hahah cinta monyet kot sebab waktu tu aku masih tingkatan satu..baru nak kapel so aku jadi tertalu taksub cinta dan kerana taksub cinta lah aku bergaduh besar dengan kawan baik aku hahah bodohnya..berapa banyak kali aku putus dengan mamat nie tapi still kapel lagi sampailah aku sedar yang aku dah hilang seorang kawan baik sebab mamat nie..betul kata orang kawan tu ada je time kita susah tapi bf takkan ada time kita susah..bila aku putus dengan mamat nie aku cari balik kawan baik aku nie padahal aku dah gaduh besar dengan dia dan yang buat aku nak nangis dia masih maafkan aku dan terima aku sebagai kawan dia balik..thanks faizah sebab terima aku jadi kawan aku balik and sampai sekarang aku masih berkawan dengan dia..aku sayang kau faizah..sejak hari tu lah aku dah letakkan cinta bukan yang pertama..bagi aku keluarga dan kawan kawan lah yang ada time susah senang kita..lelaki boleh datang dan pergi tapi keluarga dan kawan kawan susah nak cari sebab jodoh kita allah dah tetapkan so x payah nak risau lah kan ^^
    MOHD FAZREN BIN AZAHAN aku rasa dengan mamat nie aku memang in love giler sebab dia dah mematangkan aku hehehe cuma kadang kadang sikap dia yang aku kurang selesa semuanya bermula bila aku sambung belajar kat kl..dia memang tak bagi tapi itu hak aku kan dia hanya BF aku bukan abang aku atau family aku..aku pergi juga..semuanya ok sampailah satu hari dia mesej aku call aku then aku tak reply tak angkat dekat situ baru aku tahu yang dia tak pernah percayakan aku sedikit pun..hati tengah panas so aku minta putus lah tak fikir panjang walaupun dia nak berbaik..hati aku nie keras kalau untuk lelaki sampailah dia nak bertunang and dah kahwin aku pula yang rasa menyesal lepaskan dia tapi xpelah kalau aku dengan dia aku pun tak boleh bahagiakan dia..alhamdulilah aku berjaya lupakan dia
   ROHAIZAD BIN NAZARUDDIN aku kenal dia melalui kawan aku ezmir..bila jumpa kami kawan and declare hubungan kami..hubungan yang singkat 3 bulan then putus tapi impak dia besar kat aku sebab aku sayang dia..sakit tuhan je yang tahu dia tinggalkan aku tiba tiba..time tu aku rasa down giler..balik hostel still menangis lagi nasib baik aziey dak bilik aku bagi aku kata kata semangat kira reda sikit lah..sekarang dia tahu semua tu salah faham tapi aku tak mungkin terima dia semula..
   PUTRA MOHD RIDZUAN BIN RAJA HAMIDI lelaki yang tak tahu erti penat..tiga kali dia ajak aku kapel aku terima dan cuba mencintai dia..demi allah dia lelaki yang sangat baik apa pun kisah silam dia aku tak nak ambil tahu yang aku tahu dia sangat baik..dan jujurnya tak susah pun nak jatuh cinta dengan dia..kami pernah putus sekali dan kapel balik then putus balik sebab ada masalah tertentu tapi dia boleh terima kekurangan aku..tapi kerana kebaikan dia tu lah aku jadi terlalu rimas dengan cara dia care pasal aku..dia dah ambil sesuatu yang bagi aku itu hak peribadi aku then dia baca ok fine aku boleh maafkan dia..tapi aku tak suka cara dia pertikaikan apa yang aku tulis dalam hak aku tu..aku dah mula sayang kau tapi ada je perkara yang kau buat sakitkan hati aku..ye memang aku sayang kawan kawan aku lebih dari kau tapi itu tak bermakna aku tak sayang kau..faham tak..matang sikit lah..aku tahu lepas kau baca semua hak aku tu kau rasa lain..apa lagi ayat yang aku sanggup bagi nyawa asalkan dia boleh hidup sihat dan aku tengok dia lagi jauh..itu tak payah kau nak pertikaikan sebab itu hak aku nak bagi nyawa ke apa ke..aku cuma nak kau faham aku sikit je..aku tahu kau selalu terasa sebab aku lebihkan kawan kawan aku..aku anggap mereka dah macam keluarga aku..sebab tu aku sayang mereka sama juga dengan kau cuma bezanya aku lebihkan kawan kawan aku..
   aku harap kita boleh jadi kawan yang baik wan..kawan yang sangat baik bukan kekasih..aku tak nak kau berharap dan terus disakiti..aku nak kau bahgia dengan orang lain bukan aku..soal hak aku yang kau ambil tu buat seperti yang aku bagitahu kau..kalau aku takde kau bagi kat dia atau dia..faham kan..
   

lirik lagu diari hatimu

mood aku bukan mood bercinta tapi tadi tiba tiba ternyanyi lagu nie hahaha cam sweet je lirik dia..untuk yang in love ok lah tapi bagi aku layan suka suka je so korg layan lah 




Biarkan aku 
Menjalin asmara
Dengannya yang ku cinta 
Jangan ku dihalang
Walau pedang bukan penghalang

Gelora rindu 
Buat ku merasa tersiksa
Jauh darinya 
Andai ku punya sayap
Kau di bulan akan ku jelang 

Kasihku dengarlah 
Suara hatiku
Kata hati ini 
Hanya dirimu seorang
Yang ku sayang 

Kekasih tulis namaku
Di dalam diari hatimu 
Kekasih setiap senyummu 
Pengubat rindu di hatiku 

Puisikan segala janji-janji kita 
Bakar semua kepalsuan

Monday, March 12, 2012

DI PENGHUJUNGNYA

Bila setiap tutur kata
Yang kita ucapkan
Lebih menyakitkan
Sayang tiada akhirnya bertengkar
Dalam kecewa
Mungkin perasaan cinta
Yang dulu dibangga
Kini sudah hilang
Sayang janganlah cuba memaksa
Hati yang tawar
Tak guna lagi
Engkau dan aku
Berpura-pura masih bersatu
Sedang dua muka bertentangan
Suatu penyiksaan
Tak guna lagi
Untuk ku terus
Berpaut janji
Yang telah lupus
Perjalanan kita
Mungkin sudah tiba
Di penghujungnya…
Mungkin perasaan cinta
Yang dulu dibangga
Kini sudah hilang
Sayang janganlah cuba memaksa…
Hati yang tawar
Kudoakan mu
Dapat ketemu
Seorang insan
Yang lebih baik dariku
ho.. wo.. wo..
Doakan aku
Dapat ketemu
Cinta yang lain
Untuk menemani hidup…
Tak guna lagi
Engkau dan aku
Berpura-pura masih bersatu
Sedang dua muka bertentangan
Suatu penyiksaan
Tak guna lagi
Untuk ku terus
Berpaut janji
Yang telah lupus
Perjalanan kita
Mungkin sudah tiba
hoo..hoo..
Di penghujungnya…

Tuesday, March 6, 2012

3 words I LOVE YOU
3 words I HATE YOU
but i can't hate you coz
i love you but i can't love you coz
i'm not PERFECT enough for YOU

Sunday, March 4, 2012

find me...if u want me to be an ear to listen your problems
find me...if u want  me to be your shoulder to lean and cry
coz i always there for u
even though u need my heart,my liver and even my life i will give u as long as u happy :)

Wednesday, February 29, 2012

tuhan tolong panjangkan umurku

kadang kadang hidup nie indah sangat bila ada keluarga yang kita sayang,kawan kawan yang dah macam keluarga dan si dia ermmm si dia??? heheeh tapi semua tu hilang bila kita terpaksa menerima sesuatu yang menyakitkan diri kita,family dan yang lain...kita nak jadi seperti orang lain yang sihat dan boleh melakukan itu ini..serius aku benci bila aku dipandang lemah oleh orang sekeliling aku..aku tahu aku tak sihat tapi aku nak hidup macam manusia biasa yang sihat...semua orang akan mati aku juga tapi aku tak nak pergi dalam keadaan macam nie..aku sayang kan family aku,kawan kawan aku dan semua orang disekeliling aku..aku takut nak tinggalkan mereka..aku tak kuat..cukuplah kalau aku dapat lihat mereka ketawa bila dengan aku..rasa sakit aku akan hilang bila lihat diorang ketawa apa lagi semakin ari aku rasa sakit gila dekat dada kiri aku nie...sakit yang teramat sangat tapi aku tahan..orang kata sakit nie jangan dimanjakan..kalau dengan family mungkin aku dah biasa nak minta tolong itu ini tapi takkan aku nak menyusahkan kawan kawan aku sedangkan aku yang bermasalah..selagi boleh tahan aku akan cuba tahan walaupun sakit..kalau aku boleh minta aku pohon tuhan tolong panjangkan umur aku..

Monday, February 27, 2012

happening sampai pening (PD)

  kata orang kalau kita keluar bercuti dengan family happeningnya lain sikit kalau keluar bercuti dengan kawan kawan happening dia lain banyak hahaha ye la semua remaja kan dalam fikiran enjoy lah ari sabtu ari tu aku keluar dengan kawan kawan aku gi pd motif nak mandi pantai hahahah tapi memang best 






on the way ke pd...


dah sampai pd so mandi time








aku harap ini bukan last moment aku dengan diorang 


















 tension je...class 8.30 pagi bangun kul 7.45 mmg terbaek kan dgn baju x bergosok..hari isnin formal so pakai baju kurung..tgh malas nk bngun tu tiba tiba tgok jam kul 7.45 apa lagi bangun then ambil kain gosok lah..mata tgh kuyu tak perasan yg seterika tgh panas perghh Bau lain dah tgok kain aku hangus..sikit pun rasa cam nak nangis juga lah serius nie first time aku iron baju hangus hahahahah...confirm mak aku msti membebel hahaha tu lah bangun lambat tak nak iron awal awal ana..ana...
i'm not perfect enough for u...

Sunday, February 26, 2012

mulakan dengan bismillah akhiri dengan alhamdulilah
SABAR SAYA ADA BATASNYA

lirik lagu count on me bruno mars

If you ever find yourself stuck in the middle of the sea
I’ll sail the world to find you
If you ever find yourself lost in the dark and you can’t see
I’ll be the light to guide you
Find out what we’re made of
What we are called to help our friends in need
You can count on me like one, two, three
I’ll be there and I know when I need it
I can count on you like four, three, two
And you’ll be there ’cause that’s what friends
Are supposed to do, oh yeah, ooh, ooh
If you toss and you turn and you just can’t fall asleep
I’ll sing a song beside you
And if you ever forget how much you really mean to me
Everyday I will remind you
Find out what we’re made of
What we are called to help our friends in need
You can count on me like one, two, three
I’ll be there and I know when I need it
I can count on you like four, three, two
And you’ll be there ’cause that’s what friends
Are supposed to do, oh yeah, ooh, ooh, yeah, yeah
You’ll always have my shoulder when you cry
I’ll never let go, never say goodbye
You can count on me like one, two, three
I’ll be there and I know when I need it
I can count on you like four, three, two
And you’ll be there ’cause that’s what friends
Are supposed to do, oh yeah, ooh, ooh
You can count on me ’cause I can count on you

Wednesday, February 22, 2012

BUT NOT ME!!!

Do you regret my decision again
I do not want you getting hurt right
I do not want to force this love
Though not willing to accept the

I had the most innocent human
Treacherously feel a desire to abstract
I do not love me better and all my heart
Because you never find, true love

End of it is all of this story
And do not you weep again
Even though I never tried to return to you
A million words right feel sorry free
I was feeling dead to perceive

Hopefully you get right
Sincere heart love you
But not me
Atas nama cinta
Hati ini tak mungkin terbagi
Sampai nanti bila aku mati
Cinta ini hanya untuk engkau



Monday, February 20, 2012

MEREKA MEREKA YANG AKU SAYANG

   selain family aku ada org lain yang membuatkan aku terlalu sayang pada mereka..nak tahu siapa tunggulah hehehe nanti aku cerita..selain family aku mereka mereka nie lah yang jadi tempat aku luahkan segalanya..mereka mereka nie pun dah aku anggap family..




  mereka nie lah orang yang aku sayang..aku kenal mereka sejak dari tingkatan 1 sampai sekarang..sentiasa menjadi pendengar yang baik untuk aku dan aku pun akan jadi pendengar yang baik untuk mereka heheheh..kalau aku balik tapah mesti aku lepak dengan mereka mereka nie..satu tapah leh dengar kami gelak hahah anak dara apalah nie


with ayu

with eika

with azie

with hans

 ada lagi seorang mereka yang aku sayang nama dia eifa..dia xde masa nie maklumlah belajar nun jauh kat penang hehehe dia kawan aku sejak aku darjah 2 heheheh..dia memang best hah mereka mereka yang lain yang aku sayang adalah 


with aziey

with kak suzy

with kak suzy n aziey


  actually ada beberapa nama lagi mereka mereka yang aku sayang tapi takde gambar hehehe termasuklah semua budah hostel aku dulu unit 2-7..aku sayang sama mereka mereka diatas ini..ye memang betul aku selalu cerita semua masalah aku pada mereka tapi satu masalah nie aku tak dapat nak cerita..sorry guys..bukan waktunya lagi untuk korang yang aku sayang tahu semua ini

Saturday, February 18, 2012

IF I KNOW

if I know
when it was time I
I will apply
God do not you take my life

I fear
will all sin
I fear
sin that continues to haunt me

if I know
angel you pick me up right
let me
you pronounce the word remorse

forgive me
from all sin
forgive me
cried I turn to you

I'm a  human
the fear of hell
but I also
inappropriate in the Garden

Friday, February 17, 2012

until I close the eyes

dew in the morning blind
give me a sense of
I calculate the moment by moment
Is this my time to go
oh god i love him
give me life
I will not hurt him
I any case law
I am not easy to love
I do not easily admit I love
I am not easy to say I fell in love
it was only for love
I love just for you
no lie
my oath of love
until I close the eyes