Monday, July 30, 2012

terima kasih abah

    dalam hidup kita hanya ada dua perkara yang kita sering dengar iaitu berita yang ingin didengar dan berita yang tak ingin didengar tapi kedua duanya memang kita akan dengar so terpulang pada mereka nak terima berita tu macam mana..bagi aku berita yang nai didengar for sure kita happy kan tapi yang tak ingin didengar macam mana??
    tapi apa yang berlaku pada aku hari nie sangat menyedihkan dan memang buat aku mengalirkan air mata. macam nie masa aku pergi hospital buat check up ada sorang mak cik nie anak dia kemalangan jalan raya memang teruk bila doktor bagitahu mak cik nie anak dia berpeluang untuk hidup sangat tipis dan hanya boleh tawakal je..mak cik tu meraung dan menjerit cakap dia sanggup buat apa saja dan bayar berapa saja duit asalkan anak dia selamat malah nyawa dia pun sanggup untuk anak dia. nasib baiklah ada ahli keluarga dia dan orang sekeliling yang tenangkan mak cik tu. ayah aku sembang salah seorang ahli keluarga mak cik tu dan dia beritahu lelaki tu anak bongsu mak cik tu satu satunya anak lelaki. 
    bagi aku ibu bapa mana yang boleh tengok anak mereka terbaring menahan sakit. kalau boleh mereka yang nak gantikan tempat kita..macam tu juga aku bila aku dapat tahu tentang kesihatan aku bila aku tengok macam mana mengamuk ayah aku dengar berita tu..ibu bapa mana yang nak anak dia sakit.. ayah aku berhabis duit untuk aku untuk nyawa aku,keputusan aku memang betul untuk tinggalkan semuanya dan berada disamping family aku yang tahu susah senang aku untuk hidup. thanks abah..saya tahu berita ini memang abah tak ingin dengar tapi demi abah saya akan terus kuatkan diri. terima kasih abah

Sunday, July 29, 2012

couple zaman sekarang

 salam semua..apa yang aku nak cerita nie adalah apa yang pernah jadi pada aku dan sekeliling aku jadi aku gabungkan untuk renungan aku dan semua. ok lah sekarang nie zaman anak anak muda bercouple kata orang tak kenal maka tak cinta so kenalah kenal kenal dulu baru timbul rasa cinta. pada pendapat aku memang betul pun sebab kita kenal dulu hati budi seseorang sebelum jatuh cinta tapi ada juga couple yang kenal sekejap terus kahwin dan bahagia selamanya ada juga yang tak kekal ada juga yang bercinta bagai nak rak tapi putus.
  ok lah bagi aku lelaki yang baik dan serius nak berkawan dengan kita apabila dia sanggup berjumpa ibu bapa kita bagi aku lelaki tu sangat ikhlas dan memang gentleman lah walaupun ada juga lelaki yang dah jumpa ibu bapa kita tapi jahat juga. terpulang pada individu masing masing tapi bagi aku memang aku respect lelaki yang jumpa ibu bapa dulu untuk bercinta dengan anaknya
    ramai juga aweks yang utamakan pakwe dari parents diorang contohnya parents tak bagi keluar malam tak nak dengar keluar malam juga tapi kalau pakwe tak bagi keluar malam dengar pula cakap pakwe yang takde ikatan langsung dengan kita haih ada juga kawan kawan aku yang kena inform dekat pakwe dia nak pergi mana mana eh bukan kena inform dekat mak bapak kita ke mana kita nak  pergi sedarlah kalau bukan sebab mak bapak kita takdenya kita dapat jumpa pakwe tu lah 
    tapi nak gelak juga cerita dari kawan aku nie..dia cerita kawan dia nie baru je belajar nak couple yela first time jauh dari family bila couple macam kena kejutan cintalah..kawan aku nie keluar dengan pakwe dia..kawan kepada kawan aku nie keluar dengan pakwe dia nak pergi makan..kawan aku dengan pakwe dia memang romantik sebab aku tahu mereka nie dah lama couple mak bapak diorang pun dah tahu..mereka order lah makan, pakwe kawan aku nie tolonglah kupaskan kulit udang nak bagi kawan aku nie senang nak makan..kawan kepada kawan aku nie tengok lah romantiknya kawan aku nie dia pun suruh pakwe dia buat macam pakwe kawan aku buat tapi masalahnya pakwe dia tak faham cam blurr sikit kawan kepada kawan aku nie cakaplah kupaskan udang nie pakwe dia mcam pelik lah then cakap selalu tak suruh pun aku memang gelak habislah bila dengar kawan aku nie cerita haha ada juga couple macam tu ek 
    bagi aku bercinta nie semula jadi macam rutin harian kita..kalau pakwe kita buat dengan suka rela itulah cinta sebenar bukan sebab kita paksa atau suruh dia buat

Saturday, July 28, 2012

my bestfriend boyfriend

   kali nie aku nak citer tentang kisah benar yang berlaku pada aku dengan bestfriend aku hahaha..kisahnya macam nie aku nie tak tahu yang lelaki nie boyfriend kawan baik aku dia add aku dekat fb then tegur aku dekat chat jadi aku layanlah sebab biasalah kalau dah add tak tegur buat apakan asalakn lelaki tu tak melampau batas lah haha
  nak dijadikan cerita aku macam selesa dengan dia cara dia sembang dengan aku..lelaki nie ajak aku keluar, mula mula aku tak nak juga tapi lepas tengok mutual friends dia ramai kawan kawan aku so aku keluarlah dengan dia wah memang agak boleh tahan lah tapi aku takde lah in love pun setakat suka je sembang sembang lepas tu mesej then call buatkan aku selesa juga lah dengan dia
   yang bestnya bestfriend aku nie sambut birthday dia so aku datanglah dan dia pun nak kenalkan aku dengan boyfriend dia maka berjumpalah aku dengan boyfriend dia iaitu lelaki yang aku keluar tu..dalam hati takde lah cemburu sebab aku tak in love dengan dia tapi geram sebab dia mainkan bestfriend aku..agak agaklah nak ngorat pun tengok lah kiri kanan depan belakang dulu..sekarang nie aku tak tahu macam mana nak bagitahu bestfriend aku tu tentang boyfriend dia..entah entah dah ramai perempuan dia buat macam tu 
    

Monday, July 23, 2012

AKU DAN 20

pejam celik pejam celik dah 20 tahun aku..rasa macam baru dilahirkan. aku rasa bertuah sangat dilahirkan dibumi allah nie. namun bukan sukar untuk mencapai angka 20 itu. dari aku dilahirkan merangkak ke 10 tahun dan berdiri ke angka 20 memang bukan sukar..dulu masa kanak kanak fikir nak happy je tak fikir masalah bila dah masuk alam remaja tahu nak memberontak je itu nak marah ini nak marah tak nak fikir masalah tapi bila dah masuk alam dewasa nie semua masalah yang datang kena fikir..tak boleh lari..aku bersyukur sebab ada family yang sangat melindungi aku..sanggup berhabis duit untuk anak dia yang bermasalah nie..sanggup keluarkan duit untuk seorang anak yang tidak sihat..kadang kadang aku rasa aku nie hanya menyusahkan keluarga aku namun dalam masa yang sama aku bersyukur hingga angka 20 aku masih dapat melihat bumi ciptaan allah..bersama keluarga aku dan mereka yang aku sayang. TERIMA KASIH ALLAH