Monday, July 30, 2012

terima kasih abah

    dalam hidup kita hanya ada dua perkara yang kita sering dengar iaitu berita yang ingin didengar dan berita yang tak ingin didengar tapi kedua duanya memang kita akan dengar so terpulang pada mereka nak terima berita tu macam mana..bagi aku berita yang nai didengar for sure kita happy kan tapi yang tak ingin didengar macam mana??
    tapi apa yang berlaku pada aku hari nie sangat menyedihkan dan memang buat aku mengalirkan air mata. macam nie masa aku pergi hospital buat check up ada sorang mak cik nie anak dia kemalangan jalan raya memang teruk bila doktor bagitahu mak cik nie anak dia berpeluang untuk hidup sangat tipis dan hanya boleh tawakal je..mak cik tu meraung dan menjerit cakap dia sanggup buat apa saja dan bayar berapa saja duit asalkan anak dia selamat malah nyawa dia pun sanggup untuk anak dia. nasib baiklah ada ahli keluarga dia dan orang sekeliling yang tenangkan mak cik tu. ayah aku sembang salah seorang ahli keluarga mak cik tu dan dia beritahu lelaki tu anak bongsu mak cik tu satu satunya anak lelaki. 
    bagi aku ibu bapa mana yang boleh tengok anak mereka terbaring menahan sakit. kalau boleh mereka yang nak gantikan tempat kita..macam tu juga aku bila aku dapat tahu tentang kesihatan aku bila aku tengok macam mana mengamuk ayah aku dengar berita tu..ibu bapa mana yang nak anak dia sakit.. ayah aku berhabis duit untuk aku untuk nyawa aku,keputusan aku memang betul untuk tinggalkan semuanya dan berada disamping family aku yang tahu susah senang aku untuk hidup. thanks abah..saya tahu berita ini memang abah tak ingin dengar tapi demi abah saya akan terus kuatkan diri. terima kasih abah

No comments:

Post a Comment