Saturday, October 29, 2011

kes kes pembunuhan KEJAM di MALAYSIA

1-MONA FENDY(23 JULAI 1993)


~penjenayah yang terkenal dengan senyuman yang mengerikan ini telah membunuh dengan kejam ahli dewan undangan negeri batu talam,datuk mazlan idris dengan mengerat datuk mazlan sebanyak 18 kerat. mona bersama suaminya nor affandi abdul rahman dan pembantunya juraimi hassan telah disabitkan bersalah atas pembuuhan yang dilakukan



mona fendi(kiri),affendi(kanan bawah),juraimi(kanan atas)


mona nie terkenal sebagai bomoh dikalangan politik tanah air telah menawarkan datuk mazlan tongkat dan azimat yang menurutnya milik bekas presiden indonesia sukarno dengan harga 2.5 juta ringgit.datuk mazlan yang percaya telah membayar dahulu wang pendahuluan sebanyak rm 500,000.


episod ngeri bermula apabila datuk mazlan disuruh baring dan menghadap ke syiling.mona dan affandi meyakinkan datuk mazlan bahawa duit akan turun dari langit namun ia hanya helah mona da fendi.juraimi yang menerima arahan daripada mona dan fendi telah menetak leher datuk mazlan.juraimi secara perseorangan telah mengerat 18 anggota badan datuk mazlan


.

                                                                             datuk mazlan berbaju biru

mona dan affendi ditangkap ketika sedang membeli belah secara rakus hasil wang dari datuk mazlan yang dibunuhnya.mona.affandi dan juraimi telah dihukum gantung sampai mati pada 2 november 2001.paling diingati mona sempat tersenyum sambil teriak 'aku takkan mati'sebelum mona dihukum gantung.


2-PEMBUNUHAN NORITTA SAMSUDDIN(25 DISEMBER 2003)

kes pembunuhan eksekutif akaun sebuah syarikat dan model sambilan sehingga hari nie masih diselubungi misteri.meskipun jurutera awam di sebuah badan kerajaan hanif basree abdul rahman 36 yang merupakan bekas kekasih noritta ditahan dan dibicara namun bukan hanif yang membunuhnya..hanif disahkan tidak bersalah dan terlepas dari hukuman gantung sampai mati akibat kekurangan bukti




                                                                                      hanif basree


                                                                  noritta samsuddin

mayat noritta ditemui dalam keadaan yang menyayat hati dimana mayatnya dalam keadaan bogel diikatkan tangannya dibelakang dengan wayar dijerutkan ke leher dan mulut disumbat kain.kaki noritta juga diikat.noritta telah dirogol dahulu sebelum dibunuh

pembunuhan noritta diselubungi dengan kisah yang mengaibkan terutama kisah peribadinya.hasil siasatan mendapati noritta telah dirogol beramai ramai malangnya sehingga hari ini pembunuh noritta gagal dikenal pasti

3-PEMBUNUHAN MENDIANG CANNY ONG(18 JUN 2003)

canny ong

penganalisis teknologi maklumat canny ong li kian diculik di pusat beli belah di bangsar pada 13 jun 2003 sebelum mayatnya yang rentung dijumpai dalam longkang di tapak pembinaan projek lebuh raya pantai baru,petaling jaya pada 17 jun 2003.

pencuci kabin kapal terbang ahmad najib aris dijatuhkan hukuman gantung sampai mati oleh mahkamah tinggi setelah didapati bersalah atas tuduhan membunuh dan merogol canny ong.difahamkan ahmad najib membunuh mangsa hanya kerana melihat canny ong yag cantik dan ramping.

ahmad najib aris

plot tragis bermula apabila canny ditemani ibunya serta adiknya untuk makan malam di restoran monte di pusat beli belah bangsar tempat dimana ahmad najib melihat canny.dia kemudiannya hilang dipercayai diculik bersama kereta proton tiara bernombor pendaftaran wfn 6871

mayat canny ong yang dibakar

4-ALTANTUYAA SHAARIIBUU(27 NOVEMBER 2006)

altantuyaa shaariibuu

wanita mongolia altantuyaa shaariibuu 28 dibunuh menggunakan bahan letupan di mukim bukit raja selangor.
penganalisis politik abdul razak baginda,cig inspektor azilah hadri dan koperal sirul azhar umardi tahan bagi membantu siasatan

mayat altantuyaa ditemui dalam keadaan mengerikan dimana  cebisan daging daging mayat ditemui bertebaran.altantuyaa telah ditembak dua kali sebelum mayatnya diletupkan menggunakan bom jenis c-4

azilah(baju putih) dan sirul(baju kuning) kelihatan berlegar legar di hotel malaya dimana altantuyaa menginap

mahkamah memutuskan cif inspektor azilah hadri dan koperal sirul azhar umar dihukum gantung sampai mati setelah didapati bersalah manakala abdul razak baginda dibebaskan tanpa perlu membela diri selepas mahkamah gagal menyabitkan beliau bersubahat

 
abdul razak baginda ceria selepas didapati tidak bersalah


5-NURIN JAZLIN JAZIMIN(30 OGOS 2007)

NURIN JAZLIN JAZIMIN

nurin jazlin jazimin 8 dilaporkan hilang pada 20 ogos 2007 selepas keluar bersendirian ke pasar malam untuk membeli klip rambut berhampiran rumahnya di seksyen satu wangsa maju.mayatnya ditemui selepas 27 hari kemudian dalam sebuah beg sukan yag ditiggalkan di depan premis perniagaan di petaling jaya dalam keadaan telanjang dengan timun dan terung disumbat kedalam kemaluanya

fotofit lelaki kucing

walaubagaimana pun lelaki yang dikenali sebagai lelaki kucing ini masih bebas da merupakan dalang bagi kes kehilangan kanak kanak yang lain

6-TRAGEDI GEMENCHEH

bunuh9 [Tragedi Gemencheh] Pembunuhan Paling Kejam di Malaysia


kes pembunuhan di Gemencheh ini, entah di mana silapnya. Mengucap panjang apabila mendengar kisah empat sekeluarga menemui ajal dalam keadaan yang sangat mengerikan di Kampung Batang Rokan, Gemencheh, Negeri Sembilan. Bagi yang sempurna akal tentunya tidak terfikir bagaimana penderitaan keempat-empat mangsa yang ditinggalkan oleh pembunuh mereka dalam keadaan cukup terseksa – putus kepala, putus tangan dan pisau tercacak di dada. Lebih memilukan, kesemua mangsa itu sebenarnya bukanlah individu yang mampu bertindak melawan apabila tiga daripadanya masing-masing berusia 90, 80 dan 76 tahun selain gadis berusia 22 tahun. moz screenshot 2 [Tragedi Gemencheh] Pembunuhan Paling Kejam di Malaysiamoz screenshot 3 [Tragedi Gemencheh] Pembunuhan Paling Kejam di Malaysia
Daripada sumber yang boleh dipercayai, suspek kes pembunuhan kejamini(Rashidi Ismail – 34 tahun) pernah menjawat jawatan sebagai pegawai bank di Affin Bank dan kemudiannya dikenakan VSS. Selepas itu, beliau menjalankan bisnes sendiri malangnya suspek telah ditipu. Pada masa yang sama tunang pula minta putus. Suspek juga mengalami masalah kewangan yang agak teruk.
TAMPIN(5 Januari 2009) : Empat beranak ditemui mati dalam keadaan ngeri termasuk seorang tanpa kepala dipercayai dibunuh di dua rumah berasingan yang terletak berdekatan di Kampung Batang Rokan, Gemencheh dekat sini, semalam. Mangsa dikenali Atan Daud, 90, yang juga bekas imam masjid kampung berkenaan serta isterinya, Sofiah Katas, 80, menantu pasangan warga emas itu, Ismail Awang, 76, dan anak Ismail, Siti Khadijah Ismail, 22.
  1. Atan Daud, 90-an : Putus Tangan Kiri
  2. Sufiah Katas 80-an : Putus Tangan Kanan
  3. Ismail Awang 60-an : Putus Kepala
  4. Siti khadijah 22 thn : Pisau Tercacak di Dada
Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh, berkata empat beranak itu dipercayai dibunuh kira-kira jam 10 pagi, tetapi kejadian berkenaan hanya disedari selepas seorang lagi anak Ismail, Siti Mariam, 18, pulang dari sekolah pada jam 3.30 petang. Berita Harian
Semoga diberikan kekuatan kepada budak perempuan itu yang juga adik suspek. Budak itu pastinya trauma untuk satu tempoh yang panjang. Beliaulah individu yang menjumpai mayat yang dalam keadaan yang sungguh mengerikan dan menyayat hati. Tanpa kepala, pisau tertusuk, tangan dipotong.

gemenceh20 [Tragedi Gemencheh] Pembunuhan Paling Kejam di Malaysia

gemenceh21 [Tragedi Gemencheh] Pembunuhan Paling Kejam di Malaysia

bunuh6 [Tragedi Gemencheh] Pembunuhan Paling Kejam di Malaysia

bunuh7 [Tragedi Gemencheh] Pembunuhan Paling Kejam di Malaysia



2 comments: