Sunday, November 13, 2011

BILA AKU.............................

aku sudah hidup di atas dunia nie selama 19 tahun..ya allah lamanya aku bernafas atas bumimu nie..aku tak tahu apa yang akan terjadi dalam hidup aku 10 tahun,20 tahun atau 30 tahun akan datang..kan best kalau kita leh lihat apa akan jadi pada life kita akan datang eh tapi tak real lah kalau kita dah tahu apa akan jadi pada kita nanti..so aku nak imbas kembali dari aku lahir sampai lah......tunggu je lah



  bila aku dilahirkan pastinya mak abah aku orang paling gembira..semua ibu bapa macam tu kan..aku agak manja mungkin satu satunya anak perempuan dalam family..mak aku pula selalu lebihkan aku dalam semua hal..so sejak baby lagi hidup aku penuh dengan kasih sayang oleh mak abah dan dua abang aku..hidup sebagai baby yang tak perlu berfikir apa apa ada best dengan tak bestnya..yang best sebab kita boleh buat apa je yela baby lagi dan semua orang suka kita yang tak best sebab kita takkan boleh ingat semua yang kita lakukan melainkan mak abah kita bagitahu masa baby dulu kita macam nie lah macam tu lah huhuhuh



time aku kanak kanak wah lagi best aku nie antara kanak kanak yang agak lasak juga mungkin sebab aku ada dua abang so terkenan kot lasak tu..rambut aku pendek tapi takdelah pendek sangat hahaha kawan kawan aku masa kanak kanak tu semua lelaki..yang paling aku ingat nas iskandar..dia nie lembut sikit bukan pondan tapi dia macam tak main lah aktiviti lasak yang kanak kanak lelaki selalu main..sebut je semua yang kanak kanak lelaki pernah main aku pun main juga contohnya gasing,yoyo,kereta control,kasut roda main guli semualah tapi bila dengan iskandar aku main pondok pondok hahah kelakar seyh...masa tu aku dekat negeri sembilan waktu aku darjah dua aku pindah perak..macam mana lah iskandar sekarang ek huhuhu..



zaman remaja aku palig best..yela sinilah aku kenal cinta hahahah tapi zaman remaja aku tak macam zaman kanak kanak..zaman remaja aku lebih menjadi perempuan..kawan kawan aku tetap lelaki dan lelaki yang rapat dengan aku adalah fizo..memang best sembang dengan dia tapi takdelah sampai tahap cintan hahahah..thanks for daniel hidayat.fazreen azahan.aizad naza dengan ridzwan sebab mencintai aku dan buat aku kenal erti cinta..zaman remaja lah aku kenal erti stress..matlamat hidup dan makin matangzaman remaja lah yang buat kita fikir masa hadapan



yang nie aku imagine sendiri hahah yela sebab aku baru tahap remaja..so lepas habis belajar aku mesti kerja kan..dunia kerja yang mencabar bagi aku..mesti lagi tertekan dari zaman study..mesti banyak benda baru yang kita akan belajar..kita dah ada pendapatan sendiri ak beli apa je guna wang kita sendiri..hidup penuh matlamat..komited dengan kerja wah tak sabarnya



ehem ehem hahahah mungkinlah aku akan punya family aku sendiri..ada suami ada anak anak wah berangan tak salah kan..memang ini impian aku..ada kerjaya yang bagus ada family yang bahagia..mungkin aku akan milikinya satu hari nanti


mungkin pada waktu nie aku tengah bermain dengan cucu cucu atau cicit hahahaha dan paling best kalau kita dapat cerita pada anak cucu cicit kita tentang kita pada mereka mesti best kan


yang nie adalah nyata semua orang akan mati dan aku pun tak tahu bila?mungkin pada usia remaja aku,atau pada usia kerja aku atau seterusnya..aku bersyukur masih bernafas lagi walaupun aku tak normal seperti orang lain alhamdulilah dengan izin allah


No comments:

Post a Comment